Wednesday 3 June 2015

Bingkisan Nurani

 Mutiara Kata :-


-Hargailah pinjaman nikmat yang diberi Ilahi kepada kita sebelum ia diambil semula.
-Tidak terhitung banyaknya nikmat yang diberi Ilahi kepada kita, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


  ..وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا ... 
                                                                                                                                         

  dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung banyaknya 

surah Ibrahim :34
 
Dunia dan segala apa yang ada di dalamnya dicipta untuk kita menikmatinya

 Pelbagai ingatan dan amaran diberi oleh Allah kepada kita umat manusia supaya menghargai nikmat yang diberiNya dan bukan mengkufuri nikmatNya.


Usah Berduka ( La Tahzan ) :-


- Pasti ada kesenangan di sebalik setiap kesusahan

                                                                                                                               إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا 
                                                          
               
    sesungguhnya setiap kesukaran itu disertai kemudahan  
                  
                                                                                                           ( surah Al-Inshirah : 6)   

                                                                                                                                    
  Kita perlu menghargai diri sendiri, meskipun kegagalan sering mengiringi perjalanan hidup kita,tapi sedarkah kita bahawa masih banyak kelebihan yang ada pada diri kita yang tidak disedari dan dihargai

Setiap perkara yang berlaku sudah tentu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan pengajaran. Kisah silam,biarlah ia berlalu bersama hembusan bayu,usah diragui apakah masih ada esok buat kita

Redha dengan apa yang ditentukan Ilahi, mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran dan keazaman

Setiap Ujian Allah Adalah Anugerah


Yakinlah bahawa setiap ujian adalah anugerah Allah.Jika Allah mengambil sesuatu daripada kita, kita hendaklah redha dan sabar, maka sudah pasti akan digantiNya dengan yang lebih baik

Friday 29 May 2015

MALU

Pengertian......

Menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang dikeji atau melakukan perbuatan yang hina.

Bahagian Malu

# Malu kepada Allah - Melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

# Malu kepada manusia - Tidak melakukan perkara yang keji yang boleh mengganggu hak manusia.

# Malu kepada diri sendiri - Tidak melakukan perkara yang tidak sopan dan keji yang boleh menjatuhkan maruah diri sendiri.

 Ciri-ciri orang yang Pemalu
  • Sentiasa menjaga harga diri.
  • Tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah .
  • Menunaikan perintah Allah dengan penuh keimanan dan keikhlasan.
 Kebaikan bersifat malu
  • Mendapat keredhaan Allah.
  • Memelihara maruah diri .
  • Terhindar dari melakukan perkara yang tidak baik.
      
    Kebaikan bersifat malu
  • Berlaku maksiat.
  • Mendapat kesusahan dalam kehidupan .
  • Dimurkai Allah. 
  • Dibenci masyarakat dan kawan-kawan

Thursday 28 May 2015

MELAYARI INTERNET.......

Pengertian

Internet ialah satu bentuk hubungan melalui komputer yang membentuk sistem jaringan diseluruh dunia. Ia umpama sebuah perpustakaan besar yang terdapat di dalamnya jutaan pengetahuan.

Adab Melayari Internet
  • Memastikan masa yang sesuai.
  • Tidak membuang masa dengan melayari bahan yang tidak berfaedah.
  • Menumpukan perhatian pada bahan yang dikehendaki sahaja.  
Kebaikan Melayari Internet
  • Menjadi sumber rujukan.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas.
  • Mendapat maklumat dan mesej dengan cepat.
  • Dapat menggantikan pencarian cara lama iaitu penggunaan perpustakaan ketika kesuntukan masa.
  • Mudah menjalankan perniagaan seperti urusan jual beli dan perkhidmatan.
  • Dapat berhubung dengan mudah antara satu sama lain dan bertukar-tukar pandangan.
Keburukan Melayari Internet
  • Ketepatan maklumat tidak dapat dipastikan.
  • Banyak perubahan disaat-saat akhir.
  • Bahan-bahan perlu ditapis dan tidak terkawal.
  • Terdedah kepada kebocoran maklumat rahsia.
  • Iklan-iklan yang tiada batasan diperolehi dengan mudah.
  • Memberi maklumat palsu untuk kepentingan pihak tertentu seperti ajaran sesat, fitnah dan lain-lain.

Tuesday 26 May 2015

ADAB BERGAUL

-     Mendoakan kawan tanpa pengetahuannya 

- Bersahabat dengan orang yang menjaga agamanya

Hindarkan dari dari berkawan dengan mereka yang  tidak mengambil berat tentang  Islam

-   Saling nasihat menasihati

-   Jujur dan ikhlas dalam persahabatan

-   Tidak menyakiti hati kawan 

Thursday 14 May 2015

ADAB BERSAMA IBUBAPA


- Bercakap dengan sopan

- Mendoakan kesejahteraan ke dua ibubapa

- Menghormati ibubapa

- Mentaati suruhan ibubapa

- Sentiasa bermanis muka ketika di hadapan    ibubapa

- Memandang wajah ibubapa dengan kasih sayang

- Merendah diri dengan ibubapa

- Menjaga maruah ibubapa

Monday 11 May 2015

Adab Menziarahi Orang Sakit



  • Jangan ziarah terlalu lama
  • Mendoakan orang yang sakit 
  أَسْأَلُ اللهَ العَظِيمَ رَبَّ العَرْشِ العِظِيمِ أَن يَشْفِيَكَ
    Ertinya:  " aku memohon kepada Allah Yang Maha Besar Tuhan yang mempunyai Singgahsana Yang Agong agar menyembuhkan  engkau "
  •  Menasihati pesakit supaya mengingati Allah dengan membaca al-Qur'an, berzikir dan sebagainya.
  •   Jangan berbual-bual kosong dan ketawa di hadapan orang sakit. 
  • Jangan duduk terlalu lama di sisi orang sakit.
  • Sunat mendoakan orang yang sakit itu segera sembuh.
  

Tuesday 28 April 2015

Ciri-ciri Utama Kaedah Iqra'

- Bacaan terus tanpa dieja.
      Murid tidak perlu diperkenalkan nama huruf hijaiyyah dan tanda bacaan.Tetapi terus dibunyikan huruf hijaiyyah yang berbaris.

-Penggunaan teks tertentu.
     PdP menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah mengikut tahap bermula dengan buku pertama.Jika murid telah dapat membunyikan huruf yang berbaris,boleh terus diubah ke muka surat baru.

- Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif.
   Setelah diulang beberapa kali dan murid telah faham,maka murid disuruh membaca sendiri bahan tersebut.

- Talaqqi Musyafahah.
   Dalam mempelajari Al-Quran murid mesti berhadapan dengan guru secara langsung.perkara ini amat ditekankan supaya murid dapat memahami makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenar.