Tuesday 28 April 2015

Ciri-ciri Utama Kaedah Iqra'

- Bacaan terus tanpa dieja.
      Murid tidak perlu diperkenalkan nama huruf hijaiyyah dan tanda bacaan.Tetapi terus dibunyikan huruf hijaiyyah yang berbaris.

-Penggunaan teks tertentu.
     PdP menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah mengikut tahap bermula dengan buku pertama.Jika murid telah dapat membunyikan huruf yang berbaris,boleh terus diubah ke muka surat baru.

- Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif.
   Setelah diulang beberapa kali dan murid telah faham,maka murid disuruh membaca sendiri bahan tersebut.

- Talaqqi Musyafahah.
   Dalam mempelajari Al-Quran murid mesti berhadapan dengan guru secara langsung.perkara ini amat ditekankan supaya murid dapat memahami makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenar.


- Tahap Pencapaian Murid.
    Tahap pencapaian murid bergantung kepada kemampuan murid menguasai satu-satu tahap.Guru mesti menyediakan rekod prestasi murid.

- Tenaga Pembimbing.
    Keberkesanan  satu-satu aktiviti PdP ialah seorang guru membimbing 5 hingga 6 orang murid sahaja dalam satu masa.

- Praktis.
  Kaedah Iqra' dibentuk supaya murid belajar dengan cepat dan mudah membaca Al-Quran.Teori dan ilmiah
tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.
     

No comments:

Post a Comment