Thursday 28 May 2015

MELAYARI INTERNET.......

Pengertian

Internet ialah satu bentuk hubungan melalui komputer yang membentuk sistem jaringan diseluruh dunia. Ia umpama sebuah perpustakaan besar yang terdapat di dalamnya jutaan pengetahuan.

Adab Melayari Internet
  • Memastikan masa yang sesuai.
  • Tidak membuang masa dengan melayari bahan yang tidak berfaedah.
  • Menumpukan perhatian pada bahan yang dikehendaki sahaja.  
Kebaikan Melayari Internet
  • Menjadi sumber rujukan.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas.
  • Mendapat maklumat dan mesej dengan cepat.
  • Dapat menggantikan pencarian cara lama iaitu penggunaan perpustakaan ketika kesuntukan masa.
  • Mudah menjalankan perniagaan seperti urusan jual beli dan perkhidmatan.
  • Dapat berhubung dengan mudah antara satu sama lain dan bertukar-tukar pandangan.
Keburukan Melayari Internet
  • Ketepatan maklumat tidak dapat dipastikan.
  • Banyak perubahan disaat-saat akhir.
  • Bahan-bahan perlu ditapis dan tidak terkawal.
  • Terdedah kepada kebocoran maklumat rahsia.
  • Iklan-iklan yang tiada batasan diperolehi dengan mudah.
  • Memberi maklumat palsu untuk kepentingan pihak tertentu seperti ajaran sesat, fitnah dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment